Thursday, April 9, 2015

Jom Tanam Cherry Australia ... Proses 'Scarification'

Seronok dan teruja nak tanam pokok pokok buah 'asing' ni ... jalan jalan di pasaraya ...pantang jumpa ... nampak macam best je ...terus beli dengan niat nak makan dan juga nak try test tengok tanam bijinya ... tumbuh tak tumbuh belakang kira ...yang penting ...kita cuba dulu baru tahu ...
Sedap jugak rasa Cherry Australia ni ...hmmmm...manisss .... ni nak share cara saya tanam bji benih nya ... lepas makan bijinya dibersih...kan ... keringkan semalaman ... dan disebabkan kulit luarnya keras macam batu ...kena buat proses 'scarification' iaitu memecahkan sedikit kulit untuk membolehkan air masuk ke dalam biji dan mempercepatkan proses percambahan ... saya guna cara 'brutal' iaitu pakai 'angle grinder' ...heheheh cepat sikit ... lepas tu rendam dalam air suam selama 30 minit bercampur racun Thiram untuk mengelakkan penyakit 'damping off' selepas biji benih bercambah ... lepas tu tanam macam biasa .. medium tanam pun perlu di letak racun kulat ..
Selepas tu masuklah fasa penantian ...tik tok tik tok .... saat paling mencabar ... tak tau bila akan tumbuh nya atau tak tumbuh tumbuh .... nantikan ..




 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 

1 comment:

  1. Jangn lupa update ye..nak tngok hasilnya good luck

    ReplyDelete