Pokok epal yang bercabang banyak akan menghasikan banyak 'spur' iaitu seakan ranting kecil di sepanjang dahan pokok dan dari spur' ini lah akan keluar banyak kudup bunga dan % mendapatkan buah lebih besar.
Untuk mendapatkan pokok epal yang bercabang banyak, ianya perlu menjalani 'training' .... epal saya sekitar 3-4 tahun untuk mendapatkan bentuknya sekarang ... langkah-langkahnya seperti berikut:
1. setelah benih pokok epal setinggi 2 kaki ....pangkas / potong batangnya pada ketinggian 1 kaki
2. buang semua daun ... cara sama untuk train pokok anggur
3. biarkan hanya 3 tunas pucuk yang teratas, tunas lain dibuang
4. tunas paling atas dibiarkan tumbuh meninggi menjadi 'leader', sementara tunas kiri dan kanan di 'luruskan' 90 darjah dengan mengikat tali atau pin baju (foto)
5. Leader dibiarkan tumbuh tinggi sehingga 2' dari cabang pertama tadi dan potong batang pada ketinggian 1' dari cabang (2' dari tanah)
6. Ulang langkah 2 dan 3 dan seterusnya
7. dari langkah 4, tunas kiri dan kanan dibiarkan tumbuh sehingga 2 kaki sebelum dipotong pada paras 1 kaki ... dan biarkan 2 -3 tunas paling hujung tumbuh membesar
8. ulang proses diatas See More (6 photos)
No comments:
Post a Comment