Friday, April 10, 2015
Strawberry Baru Mula Belajar Berbuah ..
Pokoknya kecik je ... dah mula nak belajar berbuah ..ada 2 biji je... jadilah ... rasanya mmmmm. ..ok gak , manis manis masam gitu
Thursday, April 9, 2015
Mangga Jenis Apa Ni???
Jiran 2 belah rumah bagi mangga ni semalam. warna buah kemerahan ... pucuk daun pun merah jugak ... sapa tau jenis apa ni ???
Foto berbagai angle ...sebiji jer ..
Foto berbagai angle ...sebiji jer ..
Eksperimen Seterusnya > Limau Kumquat ..
Petang semalam jalan jalan di TESCO Rawang .. nampak pulak limau ni .. tak pernah beli sebelum ni sebab saiznya kecik sangat ... tapi teringat pulak .. pernah terbaca info ttg limau kecik yg boleh dimakan terus dengan kulitnya sekali ... belek punya belek .. ini lah dia limau KUMQUAT .. wah ...ni mesti test ni ...betul ke tidak boleh makan kulitnya sekali ....
Sesi cuba rasa bersama mem ....hmmmm ...memang sedap dan manis kulit nya ber...sekali dengan isinya .... ada biji pulak tu ... apa lagi ...simpan utk eksperimen seterusnya ... kalau makan banyak ada rasa 'after taste'.. pahit pahit sikit
Ok ...nak tahu pulak jenis buahnya samada jenis 'Nagami' atau 'Meiwa' ...berdasarkan info ... jenis "Nagami' bentuknya bujur dan 'Meiwa' berbentuk bulat ... so buah yg dibeli ni berbentuk bulat ... bolehlah dianggap jenis MEIWA KUMQUAT ... mungkin betul ...mungkin silap
Pagi ni dah tanam bijinya ...yg telah dibuang kulit luarnya ... tengok dalam masa 3 minggu ni ... bercambah tak dia ... kalau ya ...alhamdulillah ...kalau tak cuba lagi ... dikatakan kalau bercambah pun ambik masa lama nak berbunga ...tapi ada info ... pokok ni dah berbunga dlm masa 3 tahun je .. ok ..tengok nanti apa yg berlaku ...

DIY LOVERZ > Teknik Cantuman Baji @ Wedge Graft
Teknik ini memerlukan satu pokok penanti @ rootstock samada yg dihasilkan daripada biji atau pokok sediada yg be...lum berbuah atau dah berbuah ... dalam pasu atau tanah dan satu atau lebih keratan pokok yg berbagai jenis (dari keluarga yg sama).Tujuan teknik ini adalah 1. menghasilkan pokok yg berbuah cepat dan berbagai varieti (2 in 1 ...3 in 1 ...4 in 1...) dan 2. menghasilkan pokok yang berbuah dan rendah.
Teknik ni sesuai untuk kebanyakan jenis pokok .. teknik ni ringkas, mudah dan cepat dibuat ... bagi contoh ini, saya gunakan pokok penantinya jenis limau nipis tanam dari biji dan keratan yang akan dicantumkan 'scion' digunakan dahan pokok limau kasturi yg sedang berbuah .. hasilnya nanti satu pokok limau kasturi yg berbuah cepat dan rendah ...
Brown Turkey Fig ..Bertengkek Tengkek
Brown Turkey Fig ... benih dari Fig Mania ....heran pulak ..yang berbuah bahagian bawah dulu ...tapi mula masak bahagian atas pulak ....hhhmmmmm
GrowPot > Salad > Misi Tercapai .. 4S ...Semai ... Sumbat ... Sabar ...Santapp
Genap 45 hari ... hari ni tuai hasilnya ...ambik daun jer ..tinggalkan pucuknya ... nak tengok apa kan jadi nanti ...
Tengahari pekena salad ni bersama mi kari dan jus blackberry ... perggghhhhh ....alhamdulillah ... ni tuaian kali pertama ...insyaallah next time akan lebih subur dan gebus
Tengahari pekena salad ni bersama mi kari dan jus blackberry ... perggghhhhh ....alhamdulillah ... ni tuaian kali pertama ...insyaallah next time akan lebih subur dan gebus
Strawberry Mutan ?
Alahai strawberry ku ... patut bunga jadi buah .. ni tumbuh bunga lain pulak .... kess..kess...kess ... mutan kot!
Jom Tanam Cherry Australia ... Proses 'Scarification'
Seronok dan teruja nak tanam pokok pokok buah 'asing' ni ... jalan jalan di pasaraya ...pantang jumpa ... nampak macam best je ...terus beli dengan niat nak makan dan juga nak try test tengok tanam bijinya ... tumbuh tak tumbuh belakang kira ...yang penting ...kita cuba dulu baru tahu ...
Sedap jugak rasa Cherry Australia ni ...hmmmm...manisss .... ni nak share cara saya tanam bji benih nya ... lepas makan bijinya dibersih...kan ... keringkan semalaman ... dan disebabkan kulit luarnya keras macam batu ...kena buat proses 'scarification' iaitu memecahkan sedikit kulit untuk membolehkan air masuk ke dalam biji dan mempercepatkan proses percambahan ... saya guna cara 'brutal' iaitu pakai 'angle grinder' ...heheheh cepat sikit ... lepas tu rendam dalam air suam selama 30 minit bercampur racun Thiram untuk mengelakkan penyakit 'damping off' selepas biji benih bercambah ... lepas tu tanam macam biasa .. medium tanam pun perlu di letak racun kulat ..

Subscribe to:
Posts (Atom)