Thursday, January 30, 2014
UPDATE > Epal Fuji bertambah bulat dan besar ....dan besar ... dan besarrrr....
Petang petang ni kt cuci mata tengok epal fuji yg semakin membesar ..... nak tengok sebesar mana dia boleh pergi ....
Enzim Serba Guna (ESG)
Satu lagi...Enzim Serba Guna (ESG) ...bulan depan baru ready. Peraman segala macam kulit citrus... Macam-macam kegunaan...baja, pencuci lantai, penghindar serangga, cuci bilik air...dll...malah boleh diguna untuk mencuci kereta....hehehehh
Sunday, September 29, 2013
My Persimmon @ Pisang Kaki
Pokok Pisang kaki @ Persimmon yang ditanam dalam pasu berbunga dengan lebatnya baru-baru ini setelah hampir 4 tahun.
Memang dijangkakan putik buahnya tak akan lekat kerana ianya adalah bunga betina dan memerlukan bunga jantan untuk melengkapkan proses pendebungaan.
Bagaimana nak bagi pokok ni berbunga lebat? ... senang je...buang semua daun!
Memang dijangkakan putik buahnya tak akan lekat kerana ianya adalah bunga betina dan memerlukan bunga jantan untuk melengkapkan proses pendebungaan.
Bagaimana nak bagi pokok ni berbunga lebat? ... senang je...buang semua daun!
Cheers
My Aquaponics Project Part 2
Sambungan .........
Ok...kita tengok fotonya. Ada 2 konsep Aquaponics kat sini iaitu :
1. konsep 'growbed' dengan 'auto siphon @ bell siphon .... Part 1
2. konsep terapung - tiada 'auto siphon @ bell siphon
Konsep Terapung
Lebih mudah berbanding dengan konsep 'growbed' kerana tidak menggunakan 'auto siphon @ bell siphon'
Menggunakan penutup kotak polystyrene - dilubangkan mengikut saiz yang dikehendaki
Cawan polystyrene yang dilubangkan
Pastikan masuk ngam-ngam
Isikan cawan dengan 'coco fibre @ sabut kelapa
Pandangan bawah
Tarik sedikit keluar coco fibre
Tanam benih tomato
Benih tomato
Letak kotak tanaman didalam kolam ikan
Kotak tanaman yang terapung
Senang kan nak buatnya............... cubalah
My Aquaponics Project Part 1
Jumpa lagi,...
Kali ni nak share projek terbaru iaitu Aquaponic ....gabungan antara Aquaculture dan Hydroponics.
Idea projek ini dicetuskan oleh saudara Rudie...tq bro.
Ok...kita tengok fotonya. Ada 2 konsep Aquaponics kat sini iaitu :
1. konsep 'growbed' dengan 'auto siphon @ bell siphon
2. konsep terapung
Konsep Growbed
Kali ni nak share projek terbaru iaitu Aquaponic ....gabungan antara Aquaculture dan Hydroponics.
Idea projek ini dicetuskan oleh saudara Rudie...tq bro.
Ok...kita tengok fotonya. Ada 2 konsep Aquaponics kat sini iaitu :
1. konsep 'growbed' dengan 'auto siphon @ bell siphon
2. konsep terapung
Konsep Growbed
Sediakan bekas 'growbed'. Saya buat drp papan. Bahagian dalamnya dilapisi dengan plastic sheet yang jernih. Satu 'standpipe' dipasang dibahagian hujung bekas
Pemasangan 'outlet pipe' dibawah bekas dengan 2 elbow untuk menghasikan 'back pressure'
Unit 'auto siphon @ bell siphon. Dari kiri - standpipe, bell (bekas air mineral), pebble guard (PVC) dan rangka dawai
Unit 'auto siphon @ bell siphon yang siap dipasang. Fungsinya adalah untuk mengeluarkan air daripada 'growbed' apabila air telah mencapai takat tertentu dan air akan diisikan semula kedalam 'growbed' secara automatik dan semulajadi ....jimat elektrik
Pebbles diisikan dalam rangka dawai untuk menghalang pasir memasuki bell siphon. Saksikan bagaimana bell siphon berfungsi dalam video dibawah sekali
Pebbles diletakkan juga di sekitar luar rangka dawai
Bahagian inlet aquaphonics - air yang dipam daripada kolam ikan akan masuk kedalam penapis ini
Seterusnya pasir kasar diisikan kedalam 'grow bed' sehingga hampir penuh
Dilapisan atas sekali diletakkan batu batu halus
Anak pokok tomato mula ditanam
Seluruh 'grow bed' ditanam dengan berbagai sayuran
Anak pokok terung dan tomato
Kedudukan 'growbed' diatas kolam ikan
Pandangan daripada dalam rumah
Auto Siphon @ Bell Siphon yang saya buat testing samada berfungsi atau tidak ....nampaknya berfungsi! yesssss!
Saturday, September 28, 2013
My Anna's Apple
Hi, nak share foto putik buah epal Anna yang diambil baru-baru ni. Pokok epal Anna ni senang nak berbunga tapi sangat susah nak lekat buahnya....Walaupun baru sebiji tapi alhamdulillah...harap lekat sampai masak. Umur pokok 6 tahun
Masa berbunga dulu
Kalau dah besar dan masak akan jadi macam ni...
mmmmmmmmmm....i likeeee
Sunday, May 12, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)









